Lambak Kanan – Rabu, 15 September 2022. Program lawatan sambil belajar bagi peserta Kursus Lanjutan Pengendalian Sajian Makanan dan Katerer Sesi 2022 ke Sabli Food Industries Sdn Bhd Kg Lambak Kanan telah di sambut oleh Yang Mulia Haji Baharuddin bin Haji Wahsaifelah, General Manager Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd. Seramai 11 anggota menghadiri lawatan tersebut yang terdiri daripada Pegawai, Jurulatih-jurulatih dan lima daripadanya adalah peserta kursus. Objektif lawatan sambil belajar adalah untuk melihat proses perkilangan bertempat di Sabli Food Industri. Dalam sesi taklimat, peserta kursus telah didedahkan mengenai Food Hygiene, Production Processed, Canning processed, Retort, Seaming Control dan Thermal Validation. Setelah selesai daripada taklimat, seterusnya kami berpeluang untuk melawat ke gudang bagi proses barang tempatan seperti serbuk teh, serbuk kunyit, serbuk kopi dan sebagainya. Setelah selesai sesi lawatan peserta kursus memberi cenderamata kepada YM Haji Baharuddin bin Haji Waisaifellah sebagai kenang-kenangan sempena lawatan sambil belajar pada hari tersebut.